Apakah dia Jus Pati Kurma Madu.
Jus Pati Kurma Madu adalah Jus minuman yang di garap dari jus pati Kurma Madu yang di perkaya dengan Madu Asli.
Kehebatan Buah Kurma.
Buah Kurma tersohor namanya, terutama di timur tengah dengan khasiatnya semenjak dari ribuan tahun dahulu sehinggakan disebut-sebut di dalam Al-Quran tentangnya.
Buah Kurma
Salah satunya ialah dari surah maryam ayat 25 hingga 26.
Bermaksud :-
" Dan gegarlah oleh mu akan pohon kurma tersebut, nescaya akan bergugurlah buah kurma yang masak, lalu makanlah serta minumlah oleh mu supaya kamu beroleh keberkatan dan ketenangan fikiran dari semua yang membebankan".
Tidak kurang juga hadis-hadis sahih tentang buah kurma ini. Ada lebih dari 200 hadis mengenai buah kurma dan di antaranya oleh Sahih Buukhari yang bermaksud:-
“ Berilah makan buah kurma kepada para-para isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita yang hamil itu memakan buah kurma semasa hamilnya, nescaya anak yang lahir kelak akan menjadi seorang anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas. Bahawasanya makanan Siti Mariam A.S ketika melahirkan nabi Isa A.S adalah buah kurma. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada buah kurma sudah tentu Allah telah memberikan makan ( Kepada Siti mariam A.S )”.
Kandungan Buah Kurma :
Gula = 75,00 gram, Serat selulosa = 4,00 gram, Air = 22,50 gram, Protein = 2,50 gram, Lemak = 2,50 gram, Vitamin A = 60 IU, Vitamin B-1 = 0, 08 miligram, Vitamin B-2 = 0, 05 miligram, Mineral, Potasium = 79 miligram, Tembaga = 21 miligram, Belerang = 65 miligram, Besi = 5 miligram, Magnesium = 65 miligram, Mangan = 2 miligram, Kalsium = 65 miligram dan Fosfor = 72 mg.
Maka dari pengamatan dan research atau kajian yang telah di lakukan oleh pakar-pakar perubatan islam atau barat maka khasiatnya amat mengujakan sepert berikut.
- Berupaya memanaskan badan
- Membantu dan meringankan process kehamilan bagi wanita
- Merangsangkan kesihatan untuk wanita hamil dan bayi yang di kandung.
- Memberi tenaga tambahan di samping memudahkan untuk wanita bersali.
- Meredakan darah tingi.
- Mengurangkan sembelit, letih lesu dan seumpamanya.
- Dapat menenangkan saraf-saraf bagi mereka yang mempunyai masalah kejiwaan.
- Dapat mencegah dari storke.
- Melancarkan membuang air kecil.
- Boleh mengurangkan dari sakit anemia dan demam.
Saidina Ali a.s. meriwayatkan
“Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.